Thursday 1 May 2014

SEJARAH KAMPUNG

SEJARAH KAMPUNG PADANG CHANGKAT

Sejarah kampung bermula sekitar tahun 1910, yang mana pada masa itu Kampung Padang Changkat , bernama Kampung Padang Pak Beruk, keluasan Kampung Padang Pak Beruk meliputi Sedingka dan Air Mati. Asal nama Kampung Padang Beruk, yang mana pada masa itu di Kampung Padang Pak Beruk terdapat seekor beruk yg besar bersaiz manusia, bernama Setopan yang menjaga kawasan itu, tiada  manusia yang berani membuka kawasan penempatan penduduk pada masa itu, hanya jalan kampung sahaja yang wujud dari Bota  hingga Kampung Gajah.
Sehinggalah pada suatu hari seorang pengembara ( penjual kain ) yang datang dari tanah seberang (Indonesia) yang berbangsa Kelinci telah berhenti berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan beliau ke Kampung Gajah, semasa beliau berehat  beruk yang bernama Setopan  telah menganggu beliau, pengembara tersebut telah berlawan dengan beruk itu selama 3 hari 3 malam sehinggalah beliau dapat membunuh beruk tersebut. Pengembara  telah membawa beruk ke hujung kampung untuk menanam beruk tersebut, dan telah menamakan tempat tersebut Padang  Setopan.
Setelah tiada gangguan oleh beruk, barulah ada manusia yang membuka kawasan untuk dijadikan penempatan penduduk. Sekitar tahun 1930, Ketua Kampung Padang Pak Beruk yang pertama telah dilantik. Beliau adalah Allahyarham Mat Ali Piah Bin Alang Mursid, beliau telah berkhidmat selama 18 tahun dari tahun 1930-1948, beliau telah bersara dan telah digantikan dengan Ketua Kampung yang ke dua iaitu Allahyarham Yeop Abdul Bin Pandak Abd Rani beliau berkhidmat selama 13 tahun bermula dari tahun 1949-1962 kerana keadaan diri yang uzur beliau telah bersara awal.
Ketua Kampung yang ke tiga, Allahyarham Hassan Bin Mat Ali Piah beliau adalah anak ketua kampung yang  pertama, beliau telah berkhidmat menjadi Ketua Kampung selama 18 tahun bermula dari tahun 1963-1981, semasa beliau berkhidmat, Kampung Padang Pak Beruk telah mendapat peruntukkan membina masjid sekitar tahun 1963, dan pada tahun 1967 Kampung Padang Pak Beruk telah ditukarkan nama kepada Kampung Padang Changkat oleh seorang guru pelawat yang bernama Allahyarham Cikgu Mohammad Yatim (Cikgu Pistin), nama Kampung Padang Changkat diambil berdasarkan kawasan kampung yang mana pada masa itu kawasan yang di hulu kawasan berpadang dan kawasan hilir kawasan berchangkat, setelah berbincang dengan penduduk kampung secara rasmi bersetuju Kampung Padang Pak Beruk telah ditukar nama kepada Kampung Padang Changkat, sempena pembukaan Sekolah Kebangsaan Kampung Padang Changkat.
Pada tahun 1970 Kampung Padang Changkat telah berpecah kawasan sempadan dengan Kampung Sedingka dan Air Mati, pecahan kawasan sempadan ini dibuat oleh kerana pada masa itu penduduk Kampung Sedingka dan Air Mati telah ramai dan penduduk kampung tersebut sudah ada Ketua Kampung sendiri, perbincangan sempadan kampung telah dibuat oleh Ketua Kampung Padang Changkat,  Allahyarham Hassan Bin Mat Ali Piah dan Ketua Kampung Sedingka Air Mati, Allahyarham Tuan Hj Ahmad Sapawi serta orang Kampung Padang Changkat, Sedingka dan Air Mati. Semua penduduk kampung  telah bersetuju sebulat suara Kampung Padang Changkat, bersama kampung berkaitan iaitu Kampung Tengah, Padang Changkat, Padang Setopan , Padang Changkat Hilir dan Padang Changkat Hulu. Di bawah pentadbiran Ketua Kampung Padang Changkat, Allaryarham Hassan Bin Mat Ali Piah, untuk Kampung Sedingka Air Mati, kampung yang berkaitan ialah Kampung Sedingka, Kampung Parit, Kampung Air Mati dan Kampung Tanjung Gelugur di bawah pentadbiran Allahyarham Tuan Hj Ahmad Sapawi. 
Setelah selama 18 tahun berkhidmat Allahyarham Hassan Bin Mat Ali Piah bersara, setelah itu ketua kampung yang ke empat, Allahyarham Mat Ali Piah Bin Mat Janas telah dilantik, beliau berkhidmat.  selama 11 tahun bermula tahun 1982-1993 sehingga beliau meninggal dunia, dan telah diganti  oleh En Hamzah Bin Mat Rahsid Ketua Kampung yang ke lima beliau berkhidmat selama 6  tahun dari 1993-1999, oleh kerana  pihak kerajaan negeri telah bertukar pemerintah selama 3 tahun..dan pada tahun 2001. Ketua Kampung yang ke enam telah dilantik En Johor Bin Yeop Ahmad , beliau berkhidmat bermula tahun 2000-2008.  Oleh kerana faktor  kesihatan tidak mengizinkan beliau bersara, pada tahun 2008 En Hamzah Bin Mat Rahsid sekali lagi telah dilantik menjadi Ketua Kampung Padang Changkat yang ke tujuh, beliau berkhimat selama 6 tahun bermula tahun 2008-2014, beliau telah bersara kerana faktor usia.


Bermula 01 April 2014, Encik Ramli Bin Bali telah dilantik menjadi Ketua Kampung, Kampung Padang Changkat, yang ke lapan sehingga ke saat ini.

0 comments :

Post a Comment